Kesihatan Anjing penuding berbulu pendek Hungary

Anjing penuding Hungary yang tinggal dalam iklim cuaca sejuk kerap memerlukan perlindungan daripada keadaan mencabar.

American Kennel Club[21] menyatakan bahawa jangka hayat tipikal untuk anjing penuding Hungary ialah antara 12 dengan 14 tahun,[22] manakala tinjauan Vizsla Club of America tahun 2008 meletakkan purata jangka hayat anjing penuding Hungary pada 9.15 tahun.[23] Anjing penuding Hungary dianggap sebagai anjing tegap tetapi beberapa program pembiakbakaan setempat yang menggunakan sebilangan kecil anjing telah membawa kepada penyakit boleh waris pada sesetengah anak termasuk:

Pembiak baka bertanggungjawab tidak memilih anjing untuk pembiakbakaan jika ia mempunyai masalah wujud sedemikian.[25] Anjing penuding Hungary juga dapat mederitai hipotiroidisme, kekerdilan, lengkung aorta kanan berterusan, displasia injap trikuspid, dan atrofi retina progresif. Risiko besar termasuk epilepsi dan limfosarkoma. Anjing penuding Hungary juga dapat menjadi terdedah terhadap alahan kulit dan makanan.

Terdapat juga kemungkinan penyakit dan kanser yang berkembang pada anjing penuding Hungary yang dimandulkan atau dineuterkan. Menurut Veterinary Medical DataBases, limfoma berkemungkinan besar berlaku pada anjing penuding Hungary tergonadektomi (4.3x) berbanding dengan anjing penuding Hungary utuh secara seks. Walau bagaimanapun, ini disebabkan oleh hakikat bahawa terdapat 1.1% peluang penyakit pada anjing yang dineuterkan 12 bulan selepas kelahiran berbanding dengan 0.3% peluang pada anjing yang dineuterkan sebelum 12 bulan, dan peluang 0.1% pada anjing yang utuh secara seks.[26]

Anak anjing penuding Hungary (berusia kira-kira 2 bulan)

Anjing penuding Hungary dapat menjadi terdedah kepada pelbagai keadaan berkaitan dengan perdarahan seperti hemofilia A dan penyakit Von Willebrand, yang membawa kepada perdarahan ketara walaupun daripada luka kecil kerana kekurangan pembekuan darah. Selain itu, ia mungkin mengalami hipotiroidisme, yang memerlukan ubat-ubatan sepanjang hayat untuk menyokong tiroidnya dalam menghasilkan hormon penting untuk kemandiriannya.[27]

Pembiakbakaan

Anjing penuding Hungary memulakan kebalighan secara purata 8–10 bulan selepas kelahiran. Walaupun untuk anjing penuding Hungary dan kebanyakan baka lain, ia tidak patut dibiakbakakan semasa estrus pertamanya; sebaliknya, kitaran estrus kedua atau ketiga ialah waktu yang padanya ia perlu dibiakbakakan jika dikehendaki. Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini dapat berbeza-beza bergantung pada kematangan mental dan fizikal anjing berkenaan.[28]

Rujukan

WikiPedia: Anjing penuding berbulu pendek Hungary http://clubs.akc.org/vizsla/history.htm https://curlie.org//Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Sp... https://web.archive.org/web/20080417005637/http://... http://www.fci.be/en/nomenclature/7-Pointing-Dogs.... https://www.ckc.ca/en/Choosing-a-Dog/Choosing-a-Br... https://www.akc.org/dog-breeds/sporting/ https://www.shootinguk.co.uk/gundogs/gundog-breeds... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/057g07-e... https://web.archive.org/web/20200819092623/https:/... http://www.akc.org/breeds/vizsla/